TAK KENAL, MAKA TAK CINTA
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang saya rasakan afdal untuk saya memulakan penulisan pena saya untuk tatapan semua. Bagi yang belum mengenali saya, izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Wan Zaini Wan Hassan. Pengasas syarikat Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd , dengan 9 Pengurus dan lebih 500 Perunding Takaful di seluruh Malaysia mewakili AIA Public Takaful Berhad. So what?? Hebat sangat ke kalau jadi Pengasas syarikat?! Mungkin ada yang tertanya-tanya dengan kening terangkat sebelah. Saya akui, saya tak hebat…. Bagi warga Kuala Kubu Bharu sekitar tahun 1990, anda mungkin pernah melihat seorang budak kurus tinggi dalam lingkungan umur belasan t...