ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI TAKAFUL, ADALAH ORANG YANG SANGAT KAYA…. 3 hari sebelum menjelang 1 Syawal, tiba-tiba saya mengalami sakit perut yang amat luar biasa diikuti dengan muntah-muntah; Apa yang dimakan semuanya “keluar” balik dalam beberapa minit sahaja. Tidak pula saya mengesyaki apa-apa yang serius cuma beranggapan salah makan atau terkena keracunan makanan waktu berbuka di luar. “Lepas makan ubat nanti okaylah tu” getus hati saya.. Tapi, bila sakit perut dan muntah-muntah itu tidak juga surut selepas berterusan selama 8 jam, saya jadi tak senang duduk dan mengambil keputusan untuk pergi ke hospital. Waktu itu jam lebih kurang 9 pagi, saya sudah pun terpacak di bahagian kecemasan hospital swasta di tengah-tengah ibu kota. Apabila diperiksa, doktor mengesyaki saya menghidap 'gastrik' namun mereka syorkan saya untuk menjalani ujian 'CT scan' untuk lebih kepastian. Saya akur dan menjalani ujian 'CT scan' seperti yang disarankan dan dari s...
Posts
Showing posts from July, 2017