ORANG YANG TIDAK MEMPUNYAI TAKAFUL,
ADALAH ORANG YANG SANGAT KAYA….
3 hari sebelum menjelang 1 Syawal, tiba-tiba saya
mengalami sakit perut yang amat luar biasa diikuti dengan muntah-muntah; Apa
yang dimakan semuanya “keluar” balik dalam beberapa minit sahaja. Tidak pula
saya mengesyaki apa-apa yang serius cuma beranggapan salah makan atau terkena
keracunan makanan waktu berbuka di luar. “Lepas makan ubat nanti okaylah tu”
getus hati saya..
Tapi, bila sakit perut dan muntah-muntah itu tidak
juga surut selepas berterusan selama 8 jam, saya jadi tak senang duduk dan
mengambil keputusan untuk pergi ke hospital. Waktu itu jam lebih kurang 9 pagi,
saya sudah pun terpacak di bahagian kecemasan hospital swasta di tengah-tengah
ibu kota.
Apabila diperiksa, doktor mengesyaki saya
menghidap 'gastrik' namun mereka syorkan saya untuk menjalani ujian 'CT scan'
untuk lebih kepastian. Saya akur dan menjalani ujian 'CT scan' seperti yang
disarankan dan dari situlah saya disahkan bahawa saya mengalami Acute
Appendicitis. Bagi yang tidak berapa
mengetahui apa itu Acute Appendicitis, ia adalah
inflamasi atau kerengsaan organ apendiks itu sendiri. Inflamasi atau kerengsaan
ini menyebabkan pembengkakan dan seterusnya menjejaskan pengaliran darah ke
apendik. Ini akan menyebabkan sebahagian atau keseluruhan apendik tersebut mati
dan terbocor.
Ianya akan menjadi teruk dengan cepat dari
inflamasi akut ke apendik yang pecah. Tiada rawatan dapat mengelakkan dari
proses ini berlanjutan kecuali dengan pembedahan mengeluarkannya secepat
mungkin sebelum ia memudaratkan pesakit. Apendik yang pecah akan menyebabkan
demam panas yang serious, sakit di bahagian abdomen yang sangat teruk, usus tersumbat
serta renjatan septik, dan mungkin membawa maut.
Hasilnya,
duduklah saya di wad dan dijadualkan untuk menjalani pembedahan dengan kadar
segera.
Lebih kurang 9 malam hari yang
sama, saya sudah berada di meja bedah. Takut? Tak sempat merasa takut sebab
selepas disuntik dengan ubat bius, tak sampai kiraan 3 saya dah “knock out”,
sedar-sedar dah pukul 12 tengah malam waktu pembedahan tamat.
3 hari berada di hospital, dan
jumlah bil? RM25,472.30 !!!
RM25,472.30
bukan satu jumlah yang kecil bagi saya! Boleh settle yuran sekolah anak seramai 4 orang. Atau membeli sebuah kereta Perodua Kancil secara tunai. Atau boleh bayar deposit beli rumah baru. Malah kos itu
boleh dibelanjakan untuk mengerjakan
umrah untuk 4 orang!?
Itu baru caj rawatan dan pembedahan Acute
Appendicitis yang masih jatuh di bawah kategori tidak berapa serius. Cuba
bayangkan kalau ditimpa penyakit kritikal seperti penyakit jantung dan
memerlukan pembedahan Coronary Bypass ? Atau penyakit buah pinggang yang
memerlukan paling minima 3 kali dialisis dalam seminggu. Kos rawatan dialisis
untuk 1 sesi adalah RM300, 3 sesi anda harus mengeluarkan hampir RM1 ribu
seminggu – bersamaan dengan RM4 ribu sebulan!
Bagi yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak
RM10 ribu sebulan, mungkin tidak mempunyai masalah tetapi bagaimana dengan
mereka yang hanya berpendapatan purata RM3 – RM5 ribu dan merupakan pencari
nafkah tunggal dalam keluarga? Siapa yang akan menyelesaikan bil elektrik atau
air, perbelanjaan sekolah anak-anak dan ansuran bulanan rumah atau kereta?
Meminjam dari rakan-rakan dan saudara mara?? Sampai bila??.....
Sebab itu saya katakan “Orang Yang Tidak Mempunyai Takaful, Adalah Orang Yang Sangat Kaya”. Sebab mereka lebih rela membayar bil rawatan yang menjangkau berpuluh malah beratus ribu untuk setiap kali rawatan dari wang hasil simpanan tetapi amat berkira untuk membayar sumbangan bulanan Takaful yang kebiasaanya tidak mencecah RM1,000 pun sebulan.
Aah, bayar
beratus-ratus setiap bulan, kalau tak sakit ke cedera ke bukannya boleh dapat
balik pun duit tu.
Ini anggapan ramai yang selalu saya dengar dan
ingin saya perbetulkan.
Perlindungan Takaful adalah perlindungan yang
berlandaskan Syariah pada dasar bantu-membantu dan berkongsi risiko. Setiap
bulan, ahli-ahli akan menyumbang sejumlah dana ke Tabung Am. Sekiranya berlaku
musibah ke atas mana-mana ahli, sumbangan ini akan digunakan untuk membantu
ahli tersebut. Oleh sebab itu, jumlah sumbangan dapat diminimumkan dan jika
anda masih rasakan ia mahal, saya ingin tunjukkan satu kiraan matematik yang
sangat mudah bagi anda yang masih ragu-ragu untuk membeli pelan perlindungan
Takaful.
Kalau membuat tabungan sendiri:
Sebulan
|
Setahun
|
10 tahun
|
RM200
|
RM2,400
|
RM24,000
|
Walaupun menyimpan selama 10 tahun, saya tidak
akan dapat menyelesaikan jumlah bil rawatan dan pembedahan untuk Acute Appendicitis saya. Apatah lagi
untuk membayar sebarang rawatan susulan selepas pembedahan.
Tetapi, dengan adanya perlindungan Takaful, anda
tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk membuat tuntutan. Jika berlaku
sebarang kemasukan hospital, tidak kira lah tahun ke 2, ke 3 atau ke 5
sekalipun anda sudah pun layak untuk membuat tuntutan, walaupun jumlah tuntutan
melebihi jumlah sumbangan! Dan proses pembayaran bil hospital pun begitu mudah,
anda tak perlu keluar sesen pun sewaktu dimasukkan ke hospital, dan pihak
hospital dan pihak AIA Public Takaful Berhad akan menguruskan bil sepenuhnya
apabila tiba hari anda dibenarkan keluar dari hospital.
Sumber: Utusan Online
Dengan semua fakta-fakta di atas, adakah anda
masih rasa rugi untuk membayar pelan perlindungan Takaful?
Saya belum lagi menyentuh tentang mereka yang
berpendapatan besar dan hidup mewah, namun hilang pekerjaan kerana mengalami
lumpuh akibat kemalangan ataupun di'jenguk' oleh sakit kronik. Tanpa perlindungan Takaful, wang simpanan malahan
wang persaraan bakal menjadi taruhan dan kita mungkin end up jadi bebanan kepada keluarga!
Saya pun tidak pernah menjangka saya akan dimasukkan ke hospital untuk pertama kali pada umur 46 tahun. Saya ingat, hanya dengan menjaga pemakanan dan hidup aktif, saya akan dijauhkan daripada penyakit. Saya kadang-kadang alpa, bahawa saya hanya mampu merancang, namun Dia lebih berhak menentukan.
Dalam pada bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dugaan kecil ini dan dipanjangkan usia, saya juga bersyukur saya mempunyai pelan Takaful di saat saya amat memerlukannya.
Saya pun tidak pernah menjangka saya akan dimasukkan ke hospital untuk pertama kali pada umur 46 tahun. Saya ingat, hanya dengan menjaga pemakanan dan hidup aktif, saya akan dijauhkan daripada penyakit. Saya kadang-kadang alpa, bahawa saya hanya mampu merancang, namun Dia lebih berhak menentukan.
Dalam pada bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana dugaan kecil ini dan dipanjangkan usia, saya juga bersyukur saya mempunyai pelan Takaful di saat saya amat memerlukannya.
Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada
mereka-mereka yang datang menziarahi saya semasa di hospital dan juga pada
mereka yang mendoakan kesihatan saya...hanya Allah sahaja yang mampu membalas
jasa baik kalian!
Renung renungkan. Muda tak semestinya sihat. Tua
tak semestinya senang. Saya memilih untuk bersara dengan hati tenang dan tanpa
masalah. Anda pula bagaimana?
Comments
Post a Comment